Monday, February 16, 2009 LELAMAN SASTERA
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu BapanyaSinopsis
Anak bayan telah berkawan dengan anak cerpelai. Ibu bapa bayan tidak mersetui persahabatan kerana khuatir anaknya ditimpa malang. Bagi menyedarkan anak bayan itu, maka bapa bayan pun bercerita tentang kisah anak kera berkawan dengan anak saudagar.Setiap hari anak kera pergi bermain di rumah anak saudagar walaupun dilarang oleh ibu bapanya. Pada suatu hari ketika mereka bermain catur, anak kera menghamburkan buah catur kerana kalah. Anak saudagar memarahinya kerana pada masa itu ada tetamu di rumah saudagar. Anak saudagar menghunus pisau dan menikam anak kera itu. Anak kera luka sedikit kerana sempat mengelak. Anak kera mengambil pisau itu lalu membaling ke arah anak saudagar. Ini menyebabkan anak saudagar itu luka.Anak kera pulang ke rumahnya. Bapa kera telah melarang anak kera berkawan dengan anak saudagar selepas peristiwa itu. Nasihat ayahnya tidak diendahkan, sebaliknya apabila sembuh, anak kera terus pergi ke rumah saudagar. Anak saudagar yang cedera itu masih tidak sembuh dan menurut kata tabib, hanya dengan memakan hati kera barulah anak saudagar itu sembuh. Anak saudagar tidak membenarkan ayahnya membunuh kawannya dan lebih rela mati sahaja. Namun begitu, ketika anak kera itu datang ke rumah saudagar, anak kera itu telah ditangkap dan dibunuh serta diambil hatinya. Selepas itu, luka anak saudagar itu pun sembuh.
Walau bagaimanapun, cerita anak kera dengan anak saudagar itu tidak pun memberikan sebarang kesan kepada anak bayan itu. Anak bayan itu masih berkawan dengan anak
cerpelai. Pada suatu hari anak cerpelai itu telah ditangkap oleh seorang budak. Hal itu diadukan oleh bapa cerpelai kepada serigala. Serigala menasihatkan cerpelai itu supaya menarik perhatian kanak-kanak itu kepada sarang burung bayan pula supaya budak itu akan menangkap burung bayang pula. Nasihat itu dilakukan oleh bapa cerpelai apabila budak itu datang. Oleh itu, pada malam itu, budak itu datang dan menutup lubang sarang bayan. Setelah hari siang , burung bayan mendapati pintu lubang telah ditutup. Lantas bayan berkata kepada anaknya bahawa ini sudah tentu hasil kerja cerpelai tersebut. Mereka pun bermuafakat untuk berpura-pura mati apabila budak itu datang. Setelah budak itu datang dan dilihatnya burung-burung bayan sudah “mati”, maka dibaling seekor demi seekor anak bayang ke tanah. Ketika di tanah, segala bayan itu pun terbang semula kecuali bayan tua yang masih tinggal. Oleh itu , bayan tua dapat ditangkap oleh budak itu.Dengan penuh kemarahan , budak itu mahu membunuh bayan tua itu. Bayan tua itu merayu agar tidak dibunuh dan mengaku bahawa dirinya mempunyai kebolehan merawat penyakit sopak. Bayan tua itu meminta dirinya dijual kepada raja yang menghidap penyakit sopak dengan harga 2 ribu dinar. Budak itu pun tidak jadi membunuhnya lalu membawa bayan tua ke istana untuk dijual. Bayan tua dijual dengan harga 4 ribu dinar. Dengan takdir Allah s.w.t, penyakit sopak yang dihidapi raja itu sembuh. Tidak lama kemudian bayan tua pun memhon jasa baik tuanku raja agar dibebaskannya pulang kerana dia sungguh rindu akan anak bininya. Apabila cerita-cerita di atas itu selesai diceritakan oleh seekor burung bayan kepada isteri Khoja Maimun, iaitu Bibi Zainab, hari pun siang. Pada malam keesokannya, ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan anak raja yang dikasihinya, burun bayan bercerita pula untuk melekakan dan mengelakkan Bibi Zainab melakukan perbuatan curang terhadap suaminya yang keluar belayar.
Tema dan PersoalanTema
Tema ini mengajar kita untuk tidak ingkar pada kata ibu bapa. Berdasarkan cerita ini, anak kera ingkar dengan kata-kata ibu bapanya. Anak kera gemar bermain dengan anak saudagar. Tetapi setelah anak saudagar diluka, bapa anak saudagar malahan berniat untuk membunuh anak kera untuk menyembuhkan lukanya. Perbuatan ini juga menunjukkan bahawa kita harus ada hati perut.
Persoalan
1)Sikap curang terhadap suami
Bibi Zainab bersikap curang terhadap suaminya . Dia berhasrat untuk berjumpa dengan kekasihnya semasa suaminya tiada di rumah. Namun , kebijaksanaan bayan telah menghalang perbuatan yang curang itu. Persoalan ini mengajar kita supaya tidak melakukan perkara yang dilarang agama.
2) Sikap tidak berhati perut
Persoalan ini telah menunjukkan watak seorang budak dan saudagar yang tidak berperikemanusiaan. Budak itu telah menceraikan anak cerpelai daripada ibu bapanya. Sama juga dengan saudagar itu. Dia telah membunuh anak kera yang merupakan rakan karib anaknya kerana dia ingin menyembuhkan luka anaknya. Padahal ada banyak cara yang lain untuk mengubati luka anaknya itu.
3) Bertimbang Rasa
Raja telah melepaskan burung bayan kepada keluarganya walaupun dia telah membelinya dengan harga yang agak mahal. Peerbuatan ini menunjukkan sifat bertimbang rasa pada seseorang.