Tuesday, September 9, 2008 LELAMAN SASTERA
ANAK LAUT-4 Pengajaran1. Sajak ini memaparkan kehidupan seorang anak laut. Dia hidup susah. Dia
terpaksa mengharap kepada apa yang dapat dia tangkap di laut. Saya berkata begitu kerana di dalam rangkap yang pertama baris empat, tertulis "menjaring sedikit rezeki". Berdasarkan ayat tersebut, saya dapat pelajari bahawa kita tidak harus tamak dalam hidup dan selalu berasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
2. "Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek"- Walaupun pekerjaannya hanya sebagai anak laut dan hidupnya tidak mewah, dia tetap suka dan merindu akan kerjanya. Dia tidak ada rasa benci atau jelak bekerja sebagai anak laut. Di sini saya dapat pelajari bahawa kerja seperti anak laut ini bukan sahaja kerana untuk mencari nafkah untuk keluarga atau makan minum seharian tetapi ayat ini mencerminkan minat pada diri seseorang itu.
3. "Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua"-Ayat ini mengatakan bahawa si anak laut ini bekerja sehingga dia ke tua. Seperti saya katakan awal tadi, dia bekerja sebagai anak laut kerana minat yang membuatnya bekerja hingga berambut putih.
4. "anak laut itu sudah menerka langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta"-Ayat ini menyatakan bahawa si anak laut seperti dapat alamat bahawa dia akan kembali ke Rahmatullah. Ini kerana ia tertulis "langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta" . Anak laut itu membakar masanya sepanjang hidupnya bekerja di laut hingga dia kembali pada yang esa.