Monday, February 16, 2009 LELAMAN SASTERA
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu BapanyaSinopsis
Anak bayan telah berkawan dengan anak cerpelai. Ibu bapa bayan tidak mersetui persahabatan kerana khuatir anaknya ditimpa malang. Bagi menyedarkan anak bayan itu, maka bapa bayan pun bercerita tentang kisah anak kera berkawan dengan anak saudagar.Setiap hari anak kera pergi bermain di rumah anak saudagar walaupun dilarang oleh ibu bapanya. Pada suatu hari ketika mereka bermain catur, anak kera menghamburkan buah catur kerana kalah. Anak saudagar memarahinya kerana pada masa itu ada tetamu di rumah saudagar. Anak saudagar menghunus pisau dan menikam anak kera itu. Anak kera luka sedikit kerana sempat mengelak. Anak kera mengambil pisau itu lalu membaling ke arah anak saudagar. Ini menyebabkan anak saudagar itu luka.Anak kera pulang ke rumahnya. Bapa kera telah melarang anak kera berkawan dengan anak saudagar selepas peristiwa itu. Nasihat ayahnya tidak diendahkan, sebaliknya apabila sembuh, anak kera terus pergi ke rumah saudagar. Anak saudagar yang cedera itu masih tidak sembuh dan menurut kata tabib, hanya dengan memakan hati kera barulah anak saudagar itu sembuh. Anak saudagar tidak membenarkan ayahnya membunuh kawannya dan lebih rela mati sahaja. Namun begitu, ketika anak kera itu datang ke rumah saudagar, anak kera itu telah ditangkap dan dibunuh serta diambil hatinya. Selepas itu, luka anak saudagar itu pun sembuh.
Walau bagaimanapun, cerita anak kera dengan anak saudagar itu tidak pun memberikan sebarang kesan kepada anak bayan itu. Anak bayan itu masih berkawan dengan anak
cerpelai. Pada suatu hari anak cerpelai itu telah ditangkap oleh seorang budak. Hal itu diadukan oleh bapa cerpelai kepada serigala. Serigala menasihatkan cerpelai itu supaya menarik perhatian kanak-kanak itu kepada sarang burung bayan pula supaya budak itu akan menangkap burung bayang pula. Nasihat itu dilakukan oleh bapa cerpelai apabila budak itu datang. Oleh itu, pada malam itu, budak itu datang dan menutup lubang sarang bayan. Setelah hari siang , burung bayan mendapati pintu lubang telah ditutup. Lantas bayan berkata kepada anaknya bahawa ini sudah tentu hasil kerja cerpelai tersebut. Mereka pun bermuafakat untuk berpura-pura mati apabila budak itu datang. Setelah budak itu datang dan dilihatnya burung-burung bayan sudah “mati”, maka dibaling seekor demi seekor anak bayang ke tanah. Ketika di tanah, segala bayan itu pun terbang semula kecuali bayan tua yang masih tinggal. Oleh itu , bayan tua dapat ditangkap oleh budak itu.Dengan penuh kemarahan , budak itu mahu membunuh bayan tua itu. Bayan tua itu merayu agar tidak dibunuh dan mengaku bahawa dirinya mempunyai kebolehan merawat penyakit sopak. Bayan tua itu meminta dirinya dijual kepada raja yang menghidap penyakit sopak dengan harga 2 ribu dinar. Budak itu pun tidak jadi membunuhnya lalu membawa bayan tua ke istana untuk dijual. Bayan tua dijual dengan harga 4 ribu dinar. Dengan takdir Allah s.w.t, penyakit sopak yang dihidapi raja itu sembuh. Tidak lama kemudian bayan tua pun memhon jasa baik tuanku raja agar dibebaskannya pulang kerana dia sungguh rindu akan anak bininya. Apabila cerita-cerita di atas itu selesai diceritakan oleh seekor burung bayan kepada isteri Khoja Maimun, iaitu Bibi Zainab, hari pun siang. Pada malam keesokannya, ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan anak raja yang dikasihinya, burun bayan bercerita pula untuk melekakan dan mengelakkan Bibi Zainab melakukan perbuatan curang terhadap suaminya yang keluar belayar.
Tema dan PersoalanTema
Tema ini mengajar kita untuk tidak ingkar pada kata ibu bapa. Berdasarkan cerita ini, anak kera ingkar dengan kata-kata ibu bapanya. Anak kera gemar bermain dengan anak saudagar. Tetapi setelah anak saudagar diluka, bapa anak saudagar malahan berniat untuk membunuh anak kera untuk menyembuhkan lukanya. Perbuatan ini juga menunjukkan bahawa kita harus ada hati perut.
Persoalan
1)Sikap curang terhadap suami
Bibi Zainab bersikap curang terhadap suaminya . Dia berhasrat untuk berjumpa dengan kekasihnya semasa suaminya tiada di rumah. Namun , kebijaksanaan bayan telah menghalang perbuatan yang curang itu. Persoalan ini mengajar kita supaya tidak melakukan perkara yang dilarang agama.
2) Sikap tidak berhati perut
Persoalan ini telah menunjukkan watak seorang budak dan saudagar yang tidak berperikemanusiaan. Budak itu telah menceraikan anak cerpelai daripada ibu bapanya. Sama juga dengan saudagar itu. Dia telah membunuh anak kera yang merupakan rakan karib anaknya kerana dia ingin menyembuhkan luka anaknya. Padahal ada banyak cara yang lain untuk mengubati luka anaknya itu.
3) Bertimbang Rasa
Raja telah melepaskan burung bayan kepada keluarganya walaupun dia telah membelinya dengan harga yang agak mahal. Peerbuatan ini menunjukkan sifat bertimbang rasa pada seseorang.
Tuesday, September 9, 2008 LELAMAN SASTERA
ANAK LAUT-4 Pengajaran1. Sajak ini memaparkan kehidupan seorang anak laut. Dia hidup susah. Dia
terpaksa mengharap kepada apa yang dapat dia tangkap di laut. Saya berkata begitu kerana di dalam rangkap yang pertama baris empat, tertulis "menjaring sedikit rezeki". Berdasarkan ayat tersebut, saya dapat pelajari bahawa kita tidak harus tamak dalam hidup dan selalu berasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
2. "Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek"- Walaupun pekerjaannya hanya sebagai anak laut dan hidupnya tidak mewah, dia tetap suka dan merindu akan kerjanya. Dia tidak ada rasa benci atau jelak bekerja sebagai anak laut. Di sini saya dapat pelajari bahawa kerja seperti anak laut ini bukan sahaja kerana untuk mencari nafkah untuk keluarga atau makan minum seharian tetapi ayat ini mencerminkan minat pada diri seseorang itu.
3. "Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua"-Ayat ini mengatakan bahawa si anak laut ini bekerja sehingga dia ke tua. Seperti saya katakan awal tadi, dia bekerja sebagai anak laut kerana minat yang membuatnya bekerja hingga berambut putih.
4. "anak laut itu sudah menerka langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta"-Ayat ini menyatakan bahawa si anak laut seperti dapat alamat bahawa dia akan kembali ke Rahmatullah. Ini kerana ia tertulis "langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta" . Anak laut itu membakar masanya sepanjang hidupnya bekerja di laut hingga dia kembali pada yang esa.
Saturday, September 6, 2008 LELAMAN SASTERA
Kawan Kau selalu ada
Walau ombak bergelora
Tidak pernah gagal menolongku
Walaupun lama dikau menunggu
Tidakku lupa akan dikau kawanku
Yang selalu berada di sisiku
LELAMAN SASTERA
MULIATI & CIKGUMuliati;Muliati adalah seorang anak yatim piatu setelah keluarganya ditimpa kemalangan beberapa tahun yang lalu. Semenjak itu, dia cacat. Dia tinggal bersama neneknya. Kehidupannya berubah, dahulu hidupnya mewah, kini hidupnya susah kerana hanya neneknya yang menaggung makan minumnya. Muliati mempunyai cikgu yang amat dia sanjungi dan teman karib yang sering membantunya.
Perwatakkan Muliati;
1.Muliati ialah seorang yang tabah. Walaupun dia menghadapi banyak dugaan-kehilangan keluarga tersayang, anak yatim piatu, cacat dan sering diejek kawan-kawannya kerana kecacatannya, dia tetap meneruskan hidupnya seperti biasa.
2.Muliati ialah seorang yang manja. Dia dikasihi oleh Cikgunya yang sudah lama berumah tangga tetapi tidak ada zuriat. Cikgu menganggap Muliati seperti anaknya sendiri. Suaminya tidak menghalang kasih sayang Muliati dan isterinya. Hingga murid-murid yang lain cemburu melihat kemesraan Muliati dan Cikgu Balqis.
3.Muliati ialah seorang yang pintar. Walaupun dengan keadaannya yang cacat, dia tidak pernah putus asa untuk belajar selain daripada semangat yang diberi oleh Cikgu Balqis dan teman rapatnya, Riani. Dia dapat melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti.
Cikgu Balqis;Cikgu Balqis ialah seorang cikgu kepada Muliati dan Riani. Cikgu Balqis sudah lima tahun berumahtangga tetapi masih belum diberikan zuriat. Dia dan suaminya ingin sangat sebuah cahayamata tetapi belum rezeki mereka. Oleh sebab itu, dia menganggap Muliati seperti anaknya sendiri. Suaminya tidak menghalang kasih sayang terhadap isterinya dan Muliati.
Perwatakkan Cikgu Balqis
1.Cikgu Balqis ialah seorang yang tabah. Sudah lima tahun dia berumahtangga tetapi masih belum diberikan cahayamata.
2.Cikgu Balqis ialah seorang yang penyayang. Dia tahu bahawa Muliati telah kehilangan keluarganya. Dengan itu dia memberi kasih sayang terhadap Muliati seprti anakya sendiri. Cikgu Balqis juga selalu memberi semangat kepada Muliati untuk terus belajar walau keadaanya seperti itu-cacat.
3.Cikgu Balqis ialah seorang yang prihatin kerana dia selalu mengambil berat tentang Muliati.
Monday, August 4, 2008 LELAMAN SASTERA
Perwatakkan Subuh
Setelah membaca novel "Subuh Hilang Senja" yang ditulis oleh Encik Suratman Markasan, saya dapati bahawa terdapat beberapa perwatakkan yang positif terdapat oleh Subuh dan Senja. Daripada pendapat saya, Subuh ialah seorang anak yang pintar. Subuh juga ialah seorang yang berdikari kerana dia tidak pernah minta ayahnya wang belanja. Dia bekerja sambilan di Haw Par Food Centre sebagai pencuci pinggan mangkuk. Kata orang, orang yang berdikarilah yang akan berjaya. Saya boleh buktikannya daripada perwatakkan Subuh. Dia dapat melanjutkan pelajarannya di Raffles Institute hingga ke maktab rendah elite tanpa diberi sokongan kewangan oleh sesiapa. Selain daripada sifat berdikari yang boleh membuat kita berjaya, solat lima waktu juga tidak dilupa. Subuh tidak pernah tinggalkan solatnya. Ini menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang taat kepada Tuhan.
Selain itu, Subuh adalah seorang yang baik hati. Dia menolong Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah dalam rompakkan di Science Centre walaupun Mr Rodrigues membencinya dan boleh dikatakan seorang yang 'racist'. Subuh juga tidak memberitahu sesiapa bahawa gurunya bersubahat kerana inin menutup malu guru-guru melayu di Singapura. Subuh juga menolong pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek matematik di sekolahnya.
Subuh adalah seorang insan yang tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa pun. Walaupun Mr Rodrigues membencinya seperti saya katakan di atas, Subuh tetap menolong Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah dalam perompakan yang berlaku di Science Park.
Terakhir sekali, saya ingin katakan bahawa Subuh ialah seorang yang ikhlas dan tulus tentang persahabatannya dengan rakan-rakannya -Senja, Salih dan Bujang.
Terdapat beberapa perwatakkan yang positif juga yang terdapat oleh Senja. Senja adalah seorang kawan karib Subuh sejak mereka tinggal di perkampungan dulu hingga ke hari ini. Bapa mereka juga teman rapat. Mereka selalu saling bantu-membantu. Dahulu, ayah Subuh adalah seorang penghulu kampung di Pulau Seking. Hidup mereka susah kerana harus menampung adik-beradiknya yang ramai itu. Setelah beberapa tahun, jabatan tanah pula ingin mengambil tempat di Pulau Seking. Mereka ingin membina rumah pangsa. Terpaksalah penduduk di sana berpindah ke rumah baharu mereka. Setelah tempat kediaman yang dulunya disita, ramai yang menganggur. Susah hendak dapatkan kerja begitu juga dengan ayah Subuh. Walau bagaimanaupun, hidup Senja sedehana kerana ayahnya mempunyai kedai runcit. Ayah Senja selalu menolong keluarga Subuh jika ada masalah. Setelah ayah Subuh dan ayah Senja melawat Subuh di hospital, ayah Senja, Encik Tan Peng San, menghulurkan wang kepada ayah Subuh.
Tentang persubahatan Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah, walaupun dia telah berjanji kepada Subuh supaya jangan beritahu sesiapa, Senja masih ingin memberitahu kawan mereka yang lain. Mungkin ini bukan sikap yang positif tetapi motifnya untuk memberitahu yang lain supaya dapat tahu bahawa mangsa yang telah Subuh tolong ialah mereka dan mungkin kawan-kawan Subuh ingin Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah berterima kasih kepada Subuh kerana selama ini kedua-dua guru itu membencinya dan berpendapat bahawa Subuh bukan anak murid yang baik.
Monday, July 28, 2008 LELAMAN SASTERA
Berdasarkan novel "Subuh Hilang Senja", terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu. (20 markah)
Novel "Subuh Hilang Senja" , yang ditulis oleh Suratman Markasan, merupakan sebuah buku yang memaparkan kehidupan masyarakat Singapura. Ia juga memberi pengajaran yang dapat kita pelajari oleh Encik Suratman Markasan.
Pertama, saya dapati bahawa Encik Suratman Markasan telah menyampaikan pengajaran tentang sikap hormat terhadap orang-orang miskin. Kita tidak harus memandang rendah terhadap mereka. Ini kerana orang-orang miskin terbukti berkeupayaan untuk berjaya seperti watak Subuh. Dia dilahirkan daripada keluarga miskin tetapi beliau mampu bersekolah di Raffles Institution hingga ke maktab rendah elite. Ini kerana dia hidup berdikari dan tidak memerlukan orang lain menyokongnya. Subuh juga berdisiplin ketika belajar. Ayahnya jarang memberinya wang untuk keperluannya namun dia mampu mencari rezeki sendiri kerana inisiatif diri. Subuh juga dikatakan seorang yang bijak kerana berjaya memasuki maktab rendah elite. Di dalam novel ini, beliau dikatakan anak melayu yang ideal. Apa yang hendak disampaikan di sini ialah, kita tidak harus memandang rendah terhadap orang-orang miskin kerana mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada diri kita yang bernasib baik.
Pengajaran seterusnya pula memberitahu kita tentang soal agama. Melalui watak Subuh, kita dapat lihat bahawa dia seorang yang taat kepada Tuhan. Dia tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Solat merupakan tiang sebagai seorang yang beragama Islam. Solat adalah wajib untuk dilakukan oleh semua orang-orang Islam. Ini telah memberi kita suatu pengajaran. Subuh selau menasihati Senja, kawan baiknya yang baru sahaja menjadi mualaf untuk solat selalu dan ingat kepada agama. Di sini, Encik Suratman Markasan ingin menyampaikan dan untuk membuka mata dan sedar kepada kita bahawa suatu hari nanti, kita akan menemui maut walau apa pun. Ini disampaikan olek watak Tan Peng Yeo alias Senja sewaktu di tanah perkuburan selepas menziarahi kawan karibnya yang baru sahaja meninggal dunia, Subuh . Dia berbisik di hatinya "suatu hari nanti, aku akan berada di bawah juga seperti kau, Subuh!" ,sedang mereka berjalan pulang ke rumah. Di sini, Encik Suratman Markasan mahu para pembaca menyedari bahawa kita akan menemui maut suatu hari nanti. Kerana itulah, ia amat penting bagi kita semua untuk mengingati Tuhan pada setiap masa, tidak kira sedih atau gembira.
Selain dari soal keagamaan, novel ini juga menceritakan tentang sifat berdikari dalam seseorang itu. Encik Suratman Markasan ingin menasihati kita supaya tidak selalu mengharapkan sesuatu daripada orang lain. Kita boleh mencari rezeki sendiri walaupun tidak berbekalan apa-apa. Seperti watak Subuh bin Mahmood, dia memegang watak Melayu yang ideal, tidak meminta pertolongan daripada sesiapa pun untuk wang belanja. Malah, dia tidak pernah mengadu atau meminta ayahnya wang. Subuh bekerja di Pusat Makanan Haw Par. Pengajaran di sini ialah untuk memupuk sifat berdikari dalam diri supaya kita akan terbiasa dan dapat mengamalkan sifat yang terpuji itu. Walaupun Subuh mempunyai banyak tanggungjawab sebagai seorang pelajar, dia tidak ada masalah untuk berdikari. Selalunya, daripada apa yang saya lihat, orang yang berdikari itulah yang berjaya dalam hidup mereka. Kita boleh lihat contoh daripada watak Subuh. Walaupun dia miskin, dia berjaya memasuki maktab rendah elite kerana sifat berdikarinya dalam soal pelajaran, kerja dan keluarga. Daripada kesemua watak yang ada, kita dapat lihat bahawa Subuhlah yang telah menunjukkan contoh yang baik pada erti 'berdikari'.
Yang terakhir sekali, pengajaran yang ingin disampaikan oleh Encik Suratman Markasan ialah kita tidak haruslah menilai seseorang itu daripada penampilannya. Penampilan yang kurang bagus tidak bermakna bahawa seseorang itu baik dan penampilannya yang kurang bagus itu tidak semestinya bermakna bahawa orang itu jahat. Sebagai contoh yang ada pada novel ini , Mr Rodrigues atau dikenali sebagai 'Si Gerago' adalah seorang serani. Kebanyakkan yang kita lihat serani sejagat adalah tampan dan kacak. Mungkin kerana kekacakkannya, ia telah memikat hati Cikgu Roziah yang tidak berperangai baik. Ini boleh didapati dalam perbualan atau dialog antara Senja, Bujang dan Salih yang menagtakan bahwa Mr Rodrigues juga bersikap stereotype. 'Si Gerago' itu juga dikatakan seorang yang memihak kepada bangsa yng berkulit putih sahaja atau 'racist'. Ini kerana kita dapati bahawa dia suka tuduh-menuduh dan menfitnah keempat-empat rakan ini. Kerana itulah, kita mendapat tahu bahawa penampilan seseorang itu tidak menunjukkan watak yang sebenar seseorang itu. Yang kacak tidak terlihat keburukkannya, yang kurang tidak kelihatan pula kebaikkannya.